Saturday 17 December 2011

sbpa-cuepacs bantah & arah staf kerajaan jangan tandatangan skim gaji baru

Sumber : http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/sbpa-cuepacs-bantah-arah-staf-kerajaan.html KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji. “Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis. Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA. Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan. “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy. “Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau. Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’. Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu. Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.” “Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya. Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat. “Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar. Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Wednesday 14 December 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN UMUM 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012 UPSR 11 - 13 September 2012 PMR 09 - 11 dan 15 - 16 Oktober 2012 STAM Lisan 09 -12 & 16 - 19 Julai 2012 Bertulis 16 - 18 & 22 - 25 Oktober 2012 SPM(U) 13 - 14 Jun 2012 SPM 19 Nov 2012 - 19 Disember 2012 STPM Ujian Lisan Bahasa Arab 18 - 20 & 24 - 26 September 2012 Bertulis 19 Nov 2012 - 13 Disember 2012 MUET Awal Tahun - Ujian Speaking 20 -23 Mac 2012 - Bertulis 03 Mac 2012 Pertengahan Tahun - Speaking 09 - 12 Julai 2012 - Bertulis 21 Julai 2012 Akhir Tahun - Speaking 15 - 18 Oktober 2012 - Bertulis 10 November 2012 * Takwim ini masih tertakluk kepada pindaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan / Majlis Peperiksaan Malaysia

Thursday 8 December 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN

antara info yang menarik:

 
Jadual 6: Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan Prestasi
% KGT
Melebihi Sasaran Secara Signifikan
(Significantly Exceed Target)
15% daripada gaji
Melebihi Sasaran (
Exceed Target)
8% daripada gaji
Menepati Sasaran (
On Target)
5% daripada gaji


Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.

bolehla belek2 pekeliling SBPA di sini...tp x de plak di sertakan lampian c5 tuk jadual tangga sebaris yg smua org nak tau...hmmm...

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 13 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...