skip to main |
skip to sidebar
bahan-bahan LINUS & KSSR di sini...:) Semua bahan2 di sini di ambil semasa berkursus atau pun dari perkongsian website lain....
Saturday, 17 December 2011
sbpa-cuepacs bantah & arah staf kerajaan jangan tandatangan skim gaji baru
Sumber : http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/sbpa-cuepacs-bantah-arah-staf-kerajaan.html
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
Wednesday, 14 December 2011
TAKWIM PEPERIKSAAN UMUM 2012
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012
UPSR
11 - 13 September 2012
PMR
09 - 11 dan 15 - 16 Oktober 2012
STAM
Lisan
09 -12 & 16 - 19 Julai 2012
Bertulis
16 - 18 & 22 - 25 Oktober 2012
SPM(U)
13 - 14 Jun 2012
SPM
19 Nov 2012 - 19 Disember 2012
STPM
Ujian Lisan Bahasa Arab
18 - 20 & 24 - 26 September 2012
Bertulis
19 Nov 2012 - 13 Disember 2012
MUET
Awal Tahun - Ujian Speaking 20 -23 Mac 2012
- Bertulis 03 Mac 2012
Pertengahan Tahun - Speaking 09 - 12 Julai 2012
- Bertulis 21 Julai 2012
Akhir Tahun - Speaking 15 - 18 Oktober 2012
- Bertulis 10 November 2012
* Takwim ini masih tertakluk kepada pindaan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan / Majlis Peperiksaan Malaysia
Thursday, 8 December 2011
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN
antara info yang menarik:
bolehla belek2 pekeliling SBPA di sini...tp x de plak di sertakan lampian c5 tuk jadual tangga sebaris yg smua org nak tau...hmmm...
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 13 2011
antara info yang menarik:
Jadual 6: Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan Prestasi
|
% KGT
|
Melebihi Sasaran Secara Signifikan
(Significantly Exceed Target) |
15% daripada gaji
|
Melebihi Sasaran (
Exceed Target) |
8% daripada gaji
|
Menepati Sasaran (
On Target) |
5% daripada gaji
|
Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 13 2011
Monday, 28 November 2011
Rancangan Pengajaran Tahunan Literasi & Numerasi Thn 1 dan Thn 2
Hmm..cuti-cuti jg tp kepala ni ligat jer memikirkan kerja-kerja sekolah yang nak di siapkan.RPT kssr matematik saya dah upload dlm entry sebelum ni.so skrg ni RPT tuk LINUS literasi & numerasi tahun 1 dan 2....harap2 berguna tuk kwn2 smua....tp RPT ni bkn saya yg buat ek..saya cari kt internet gak dan tgk ianya bersesuaian tuk di guna..
Tuesday, 22 November 2011
Himpunan RPH kssr bagi semua subjek
Salam....penatnya beberapa arini...ramai yg wat kenduri time2 ni..Selamat pengantin baru tuk smua yang bakal melangsungkan perkahwinan masa cuti ni...baru teringat nak upload contoh2 RPH kssr bagi semua subjek KSSR yg saya dpt masa kursus kot...dh lupa ar...apa2 pn...selamat mendownload...:D
CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR
Mata pelajaran dan Kelas
| |
Tema / tajuk
| |
Masa
| |
Standard pembelajaran (Kod sahaja)
| |
Objektif pembelajaran
| |
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
| |
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK
merupakan EMK yang diberi penekanan dalam
KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar,Nilai Murni dan Patriotisme masih boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. | |
Bahan Bantu Belajar
| |
Penilaian pengajaran dan pembelajaran
| |
Refleksi :
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan) |
Sunday, 20 November 2011
STANDARD KURIKULUM & STANDARD PRESTASI MATEMATIK KSSR TAHUN 2
hmmm...sebelum ni dok pening surf website tuk cari bhn2 kssr matematik thn 2 coz sabtu baru2 ni ada in house training kt sktj...kena la sediakan bhn2 tuk in house aritu...cd masa kursus plak x jumpa....aduhai...jenuh mencari...x jumpa2 pn..website yg ada bhn kssr plak cuma ada standard kurikulum jer tuk tahun 2,thn 1 byk ar...standard prestasi x der...so, tuk kemudahan kwn2 smua saya sediakan di sini standard prestasi matematik tahun 2 dan takwim matematik thn 1 (rpt)...kelainan rpt ni...sdh di sediakan columnn tuk pentaksiran bagi standard prestasi mengikut minggu yang di ajar....kalo nak edit ikut kesesuaian sendiri pn blh....ada 2 takwim...so blh la pilih ikut citarasa sendiri...
Thursday, 17 November 2011
ANUGERAH PERMATA TUK MURID LINUS
Pagi td..SKTJ telah berlangsung dgn jayanya hari anugerah cemerlang murid2 sktj 2011...salah satu dari anugerah yg di berikan ialah anugerah tuk murid LINUS yg menunjukkan peningkatan yg memberangsangkan sepanjang tahun....2 org murid dari tahun 1 & tahun 2...ada yg dari buta huruf dh boleh membaca walaupn x lancar...syabas guru2 LINUS sktj terutama org kuat Literasi cikgu Omoh Salmah Khayar....guru yg berpengalamn dlm mengajar tahap 1...dan tidak di lupakan guru pemulihan...cikgu Rosmiati Arsad....bawah ni saya attach buku aturcara HAC SKTJ 2011....manatau ada yg tercari2 contoh buku aturcara...walau pn x seberapa...blhla....tuk belek2....
buku aturcara HAC SKTJ 2011
buku aturcara HAC SKTJ 2011
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKTJ 2011
Salam..lamanya x duduk ngadap laptop...lum abis tugas tuk thn ni...ada dh tugas tuk thn depan...pening gak mencari sumber tuk merancang program sepanjang minggu transisi nnt...dh la x de pengalaman...so utk kwn2 yg senasib ngn saya...ni saya ada kongsikan program2 sepanjang 2 minggu minggu transisi 2012 nnt...buku pogram ni saya compilekan dan edit dr beberapa resource di internet...tp x ingt dh dr mana coz byk sgt sumber...inilah hasilnya....silakan menyedut jika berkenan...:D
DATA LINUS SARINGAN 3 & 6 SKTJ 2011
ANALISIS DATA SARINGAN 3 & 6 2011
| |||||||||
سكوله ÙƒØ¨Ú Ø³Ø£Ù† تينوسا جاي
| |||||||||
SEKOLAH KEBANGSAAN TINUSA JAYA
| |||||||||
W.D.T 141, RUMAH PERSEKUTUAN
| |||||||||
90500 SANDAKAN
| |||||||||
KOHORT 2-SARINGAN 3
| |||||||||
LITERASI
|
NUMERASI
| ||||||||
L
|
P
|
L
|
P
| ||||||
PERDANA
|
26
|
27
|
34
|
34
| |||||
LINUS
|
5
|
4
|
0
|
0
| |||||
LINUS TEGAR
|
3
|
3
|
0
|
0
| |||||
34
|
34
|
34
|
34
| ||||||
JUMLAH KESELURUHAN
|
68
|
68
| |||||||
KOHORT 1-SARINGAN 6
| |||||||||
LITERASI
|
NUMERASI
| ||||||||
L
|
P
|
L
|
P
| ||||||
PERDANA
|
25
|
31
|
27
|
34
| |||||
LINUS
|
2
|
1
|
0
|
0
| |||||
LINUS TEGAR
|
0
|
1
|
0
|
0
| |||||
TIDAK HADIR
|
1
| ||||||||
27
|
34
|
27
|
34
| ||||||
JUMLAH KESELURUHAN
|
61
|
61
| |||||||
Labels
- download (10)
- HAC (1)
- KSSR (1)
- linus (1)
- maklumat kakitangan (1)
- matematik kssr tahun 2 (1)
- program transisi (1)
- RPH KSSR (1)
- RPT LINUS (1)
- RPT matematik (1)
- RPT matematik KSSR tahun 1 dan 2 (1)
- SBPA (2)
- sejarah sekolah (1)
- tahun 1 (1)
- takwim (1)
Powered by Blogger.
- rlina_rahman