Thursday 27 October 2011

SASARAN KERJA TAHUNAN 2011

Salam semua...ni nak menyimpang skit....ni nak berkongsi contoh lampiran skt tuk guru2 baru ker...guru2 yg x brapa baru cam aku tp still terkulat2 lg time isi skt...dh brapa kali isi pn x lulus2 lg....kuang..kuang..kuang...




KEM LINUS

Kem LINUS....bertempat d Sk Merpati dr 27-28 Ockt....murid2 linus tegar jer tahun 2...harap2 la abis program ni ada la peningkatan skit....ada skolah yg tgh cuti deepavali seminggu pn kena join gak..sib baik guru2nya berdedikasi...sanggup turun walaupn kwn2 lain tgh syok2 cuti....hehehe...gambo2 nnt la saya upload utk tatapan smua :D

Tuesday 18 October 2011

ABM LINUS/KSSR

Malam ni...suamiku matanya terkelip2 lg....kul 7 jer mesti timenya tuk tido....hehehe...actually, bukan nak story pasal dia...mlm ni...it's all about great websites yang sangat2 berguna untuk bahan-bahan abm tuk LINUS/KSSR/MATEMATIK....web ni ada banyak flashcard mengenai counting, numbers, shape & space...cantik2 smuanya...blh print pastu laminate..... blog ini saya adakan untuk memudahkan guru-guru mencari bahan-bahan p&p...temasuklah saya sendiri....tak la duduk berjam2 depan lappy nak korek bahan2 p&p.....just click link2 yang saya sediakn tuk ke website yang ada byk bahan2 yang boleh kita gunakan....:D



A great website for math teacher's resources

Salam....tgh lepak2 surfing web...terjumpa plak ngan satu web yang berguna untuk guru-guru matematik....ada worksheet, online interaktif aktiviti n ada la jg skit2 bbm kalau nak download....:D


Sunday 16 October 2011

TAKWIM, PELAN STRATEGIK, PELAN TAKTIKAL LINUS SKTJ 2011

Teringat balik 2,3 minggu sebelum ni...kena berhempas pulas membuat analisis linus dari saringan 1-6...maklumler br jer di beri mandat....kena isi smua fail2 yang masih kosong...nasib baik ada sokongan suami yang setia jd assistant secretary...hehehe....time2 tulis ni pun dah sibuk intai2 nak baca apa bininya post kat blog ni....so untuk sapa-sapa yang masih pening2 ngan pelan strategik la,pelan taktikal la...boleh la belek2..bahan yang saya upload ni...selamat membelek...:D

TAKWIM,PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL SK TINUSA JAYA

Sunday 9 October 2011

MAKLUMAT AM SKTJ

Sedikit info mengenai sktj....:D saya pn baru berpindah ke sktj ni....

Maklumat guru pada tahun semasa:
                                     
1.      Guru Lelaki                             13 orang
2.      Guru  Perempuan                    9  orang                        
3.      Jumlah Guru                           22 orang

Maklumat Kakitangan Sokongan pada tahun semasa:          
1.    Pembantu Tadbir  N 1                      1 orang
2.    Pembantu Tadbir  N 17                    1 orang

Maklumat Murid pada tahun semasa:
1.       Murid Lelaki                                               189 orang 
2.       Murid Perempuan                                       178 orang
3.       Jumlah Pelajar/Murid                                 367 orang

Maklumat Guru Besar:


Nama:
Tahun mentadbir:

1.   Encik Talib Bin Hj. Ghani
 



07 FEBRUARI 2011 hingga -




Saturday 8 October 2011

sk tinusa jaya sandakan

Sekolah Kebangsaan Tinusa Jaya Sandakan beroperasi dengan rasminya pada 07 Febuari 2011 dengan jumlah kakitangan seramai 14  orang, iaitu 3 orang pentadbir, 10 orang guru dan seorang staf sokongan (AKS) dengan bilangan murid seramai 221 orang. Murid-murid ini adalah dari sekolah yang berhampiran iaitu SK. Kem Tentera, SK. Sungai Kayu dan SK. Batu Putih Baru yang tinggal di Kg. Tinusa 1 dan Kg. Tinusa 2. Bagaimanapun SK. Tinusa Jaya terpaksa menumpang di SMK. Tinusa bermula dari 07 Febuari 2011 hingga 24 Mei 2011 kerana bangunan sekolah belum siap sepenuhnya.

Bangunan sekolah SK. Tinusa Jaya Sandakan ini mula dibina pada 16 Januari 2008  dengan kos sebanyak RM 16,931,190.10, berkeluasan sebanyak 10 ekar. Ianya  terletak berhampiran dengan Kg. Tinusa 1 dan 2 serta Jalan Kem Sri Kinabatangan Sandakan dengan jarak lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

Bangunan SKTJ ini siap sepenuhnya pada  bulan April 2011 dan diserahkan secara rasmi kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah pada 27 Mei 2011 dalam satu majlis khas yang berpusat di Pejabat Pelajaran Tawau Sabah. Secara rasminya, SK.Tinusa Jaya memulakan proses pembelajaran pada 13 Jun 2011 di bangunan baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...