Saturday, 8 October 2011

sk tinusa jaya sandakan

Sekolah Kebangsaan Tinusa Jaya Sandakan beroperasi dengan rasminya pada 07 Febuari 2011 dengan jumlah kakitangan seramai 14  orang, iaitu 3 orang pentadbir, 10 orang guru dan seorang staf sokongan (AKS) dengan bilangan murid seramai 221 orang. Murid-murid ini adalah dari sekolah yang berhampiran iaitu SK. Kem Tentera, SK. Sungai Kayu dan SK. Batu Putih Baru yang tinggal di Kg. Tinusa 1 dan Kg. Tinusa 2. Bagaimanapun SK. Tinusa Jaya terpaksa menumpang di SMK. Tinusa bermula dari 07 Febuari 2011 hingga 24 Mei 2011 kerana bangunan sekolah belum siap sepenuhnya.

Bangunan sekolah SK. Tinusa Jaya Sandakan ini mula dibina pada 16 Januari 2008  dengan kos sebanyak RM 16,931,190.10, berkeluasan sebanyak 10 ekar. Ianya  terletak berhampiran dengan Kg. Tinusa 1 dan 2 serta Jalan Kem Sri Kinabatangan Sandakan dengan jarak lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

Bangunan SKTJ ini siap sepenuhnya pada  bulan April 2011 dan diserahkan secara rasmi kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah pada 27 Mei 2011 dalam satu majlis khas yang berpusat di Pejabat Pelajaran Tawau Sabah. Secara rasminya, SK.Tinusa Jaya memulakan proses pembelajaran pada 13 Jun 2011 di bangunan baru.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...