skip to main |
skip to sidebar
bahan-bahan LINUS & KSSR di sini...:) Semua bahan2 di sini di ambil semasa berkursus atau pun dari perkongsian website lain....
Wednesday, 29 February 2012
beberapa persoalan mengenai TuneTalk Referral program
Salam semua...terima kasih kepada pengunjung blog yang telah mendaftar sebagai ahli..jangan lupa upgrade ke ahli VIP :D
Berikut beberapa soalan yang saya dapat mengenai TuneTalk Referral program
1. Bagaimana dengan coverage TuneTalk? OK ke?
Tunetalk sebenarnya menggunakan network Celcom. Celcom adalah pemegang saham 40% di dalam Tunetalk. Jika Celcom ok, Tunetalk pun tidak ada masalah.
2. Bolehkah tukar no postpaid kepada Tunetalk?
Boleh, ianya boleh dilakukan tetapi mengambil masa sedikit 4 ke 5 hari kerana akaun postpaid akan ditamatkan setelah semua bil dijelaskan.
Kalau prepaid, tak jadi masalah , dalam masa 24 jam dah boleh tukar dari no tunetalk ke no asal prepaid anda.
3. Bagaimana Dengan Potensi Bisnes TuneTalk?
Potensi bisnes TuneTalk ini sangat besar. Produk yang kita pasarkan adalah produk keperluan pengguna. Tidak mahu tidak, pasti orang ramai akan menggunakan prepaid. Dianggarkan pengguna berbelanja sebanyak RM16 BILLION (WOOW BANYAK TUU) setahun.
4. Adakah Saya Perlu Maintain?
Saya rasa kita tidak perlu tanya soalan ini. Oleh kerana kita adalah pengguna telefon, maka soalan yang kita perlu tanya "adakah saya perlu top-up?". Untuk soalan ini, saya tidak perlu jawab, kerana anda jawapan anda sendiri.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, dengan menyertai program TuneTalk ToneExcel referral program ini, kita tidak perlu mengeluarkan wang tambahan setiap bulan untuk maintenance. Kita hanya top-up seperti biasa.
Mudah kan? Begitu juga, kita tidak perlu nak ingatkan downline kita untuk beli top-up setiap bulan. Mereka akan top-up sendiri bila tengok kredit mereka dah nak habis!!
5. Berapa RM kita perlu top-up setiap bulan?
Untuk melayakkan bonus, anda perlu top-up RM20 sebulan. Kalau nak dapat insuran kemalangan percuma, anda perlu top-up RM30 sebulan.
Top-up ni kita tak perlu nak buat sekali gus. Kita boleh top up sikit sikit, contoh RM 5 seminggu, asalkan jumlah akumulatif sebulan sampai ke jumlah tersebut.
Saya rasa nak top-up RM20 sebulan ni memang tak ada masalah, kerana selama ni pun ramai antara kita guna lebih dari RM50 sebulan.
Ayuh jangan berlengah lagi, ambil peluang ini dengan upgrade akaun anda ke VIP.
Sekian untuk kali ini
Bertemu kita kembali di email yang akan datang
Tuesday, 21 February 2012
Mengapa anda perlu join tune talk
Salam Sejahtera,pomosi jap....:D
Jika anda masih memikirkan perlu ke anda buat bisnes ni, berikut adalah
beberapa sebab mengapa saya pandang ini sebagai satu peluang keemasan.
1. Pertama ia merupakan produk keperluan. Ada affiliate atau tidak, orang
mesti pakai. Pengguna prepaid pula sangat ramai, hampir 25 juta rakyat
malaysia menggunakan prepaid. Maknanya pasaran sangat luas.
2. Kedua: Nak join sangat murah, ramai orang mampu, maintain juga tidak
membebankan, ramai pengguna prepaid top-up setiap bulan berkali ganda
dari jumlah maintain yang diperlukan, maka ramai yang tak akan merasa
beban untuk maintain setiap bulan.
3. Ketiga: Downline kita kalau nak topup tak perlu jumpa kita, mereka
boleh dapatkan top-up di kedai topup, 7eleven, stesen minyak, Maybank2u
Cimb Clicks atau mesin atm. Wow !! Ini alasan paling besar, kerana kalau
kita tengah tidur mereka topup, maknanya kita tidur pun dapat duit.
4. Keempat: Selama ini, saya pakai phone, suami pakai phone, mak ayah pakai
phone, adik beradik pakai phone, kalau mereka topup atau bayar bil, tauke
maxis, tauke digi, tauke telco yang lain akan bertambah kaya, kita tak
dapat apa-apa pun.
Baik saya buat tunetalk-toneexcel, sekurang-kurangnya bertambah juga
pendapatan kita, walau sedikit. Tapi kalau ramai, maka akan jadi
pendapatan lumayan pula.
5. Kelima: Disebabkan orang akan pakai phone setiap masa, maka pasti
mereka akan sering topup, maka ini peluang untuk kita dapat pencen.
Kalau sorang kita sponsor, dan dia pakai simkad tersebut selama 10 tahun,
maknanya saya dapat pencen selama 10 tahun. Siapa tak mahu.
Bukan mereka menyusahkan kita pun kalau nak topup.
6. Keenam: Risiko amat kecil, modal sangat rendah kalau tak menjadi
(mudah-mudahan menjadi) maka kita tidak akan rugi banyak, kecuali
tenaga dan masa yang telah dihabiskan. Kalau menjadi maka bertambahlah
pencen kita.
Saya cadangkan kepada anda, jangan lepaskan peluang keemasan ini,
perniagaan ini jarang sekali lalu di hadapan kita, kalau kita terlepas,
kita kena tunggu lagi beberapa tahun untuk menjumpai perniagaan
seperti ini.
Mulakan sekarang, dan buat dengan konsisten sehingga dua tahun,
insyaAllah mudah-mudahan berhasil.
www.bisnesprepaid.com/HARLINA
Salam Usahawan
--
HARLINA BT ABDUL RAHMAN
www.bisnesprepaid.com/HARLINA
Friday, 17 February 2012
Kelas 1 Arif Biru
Salam semua...lamanya tak update blog...akhir2 sibuk dengan transisi+pemantauan LINUS....fuhhh...poning den...baru blh tumpukan ngan kelas plak...intro tuk post ni...kelas 1 arif biru..murid-muidnya comel belaka...
Saturday, 7 January 2012
RPT matematik KSSR tahun 1 dan 2
Salam semua...terima kasih tuk smua yg sudi singgah di blog ni.hari pertama lg dh ada pemantauan dr nazir & PPD...mana nak handle transisi lg...poning den..apa2 pn...sudah namanya seorang guru..apa2 pn bisa la..alhamdulillah semuanya berjalan lancar...mesti ramai lg yg tercari2 RPT tuk matematik KSSR tahun 1 & 2 kn...coz antara yg menjadi teguran dari pihak Nazir ialah RPT men copy jer dr thn2 lepas...x selaras ngan cuti2 thn semasa... ada yg minggu cuti sekolah pn ada p&p gak.hehehe..sumber ni saya dpt dr rakan blog yg lain gak..tp x ingat dh kt mana... :D
Saturday, 17 December 2011
sbpa-cuepacs bantah & arah staf kerajaan jangan tandatangan skim gaji baru
Sumber : http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/sbpa-cuepacs-bantah-arah-staf-kerajaan.html
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
Wednesday, 14 December 2011
TAKWIM PEPERIKSAAN UMUM 2012
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012
UPSR
11 - 13 September 2012
PMR
09 - 11 dan 15 - 16 Oktober 2012
STAM
Lisan
09 -12 & 16 - 19 Julai 2012
Bertulis
16 - 18 & 22 - 25 Oktober 2012
SPM(U)
13 - 14 Jun 2012
SPM
19 Nov 2012 - 19 Disember 2012
STPM
Ujian Lisan Bahasa Arab
18 - 20 & 24 - 26 September 2012
Bertulis
19 Nov 2012 - 13 Disember 2012
MUET
Awal Tahun - Ujian Speaking 20 -23 Mac 2012
- Bertulis 03 Mac 2012
Pertengahan Tahun - Speaking 09 - 12 Julai 2012
- Bertulis 21 Julai 2012
Akhir Tahun - Speaking 15 - 18 Oktober 2012
- Bertulis 10 November 2012
* Takwim ini masih tertakluk kepada pindaan oleh pihak
Lembaga Peperiksaan / Majlis Peperiksaan Malaysia
Thursday, 8 December 2011
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN
antara info yang menarik:
bolehla belek2 pekeliling SBPA di sini...tp x de plak di sertakan lampian c5 tuk jadual tangga sebaris yg smua org nak tau...hmmm...
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 13 2011
antara info yang menarik:
Jadual 6: Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan Prestasi
|
% KGT
|
Melebihi Sasaran Secara Signifikan
(Significantly Exceed Target) |
15% daripada gaji
|
Melebihi Sasaran (
Exceed Target) |
8% daripada gaji
|
Menepati Sasaran (
On Target) |
5% daripada gaji
|
Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 13 2011
Labels
- download (10)
- HAC (1)
- KSSR (1)
- linus (1)
- maklumat kakitangan (1)
- matematik kssr tahun 2 (1)
- program transisi (1)
- RPH KSSR (1)
- RPT LINUS (1)
- RPT matematik (1)
- RPT matematik KSSR tahun 1 dan 2 (1)
- SBPA (2)
- sejarah sekolah (1)
- tahun 1 (1)
- takwim (1)
Blog Archive
Powered by Blogger.
- rlina_rahman



